Akademi JDT Terima Anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau FAM

- Advertisement -

JOHOR BHARU: Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi akademi bola sepak pertama di negara ini yang menerima anugerah Ahli Emas Piagam Suparimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Akademi JDT menepati kreteria yang ditetapkan iaitu kepimpinan, perancangan,  kemudahan, pertandingan diperingkat akar umbi disamping pendidikan.

Menurut Setiausaha Agong FAM Stuart Ramalingam, pemilihan itu dibuat kerana pengurusan Akademi JDT yang bertaraf antarabangsa.

“Akademi JDT akan mendapat menikmati pelbagai kelebihan, kata Stuart.

“Antaranya akreditasi daripada FAM selain boleh menyertai Liga Akar Umbi FAM, layak menerima pampasan latihan bagi pemain yang berjaya menjadi professional serta layak menikmati keistimewaan keahlian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kelab JDT.

FAM sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan bola sepak khususnya di akar umbi untuk melahirkan lebih ramai pemain muda yang berbakat dan berkualiti. Target kita agar pemain-pemain  ini boleh pergi sampai ke peringkat yang tinggi, katanya lagi.

Piagam SupaRimau ini diwujudkan sebagai inisiatif dan kotmitmen bagi meningkatkan taraf akademi bola sepak negara.

Buat masa ini, 250 buah ahli akademik bola sepak sudah ahli Piagam SupaRimau dan penyertaan adalah terbuka kepada akademik bola sepak swasta yang berminat, katanya.

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat