Sila Keluar Dari Negara Kami, Kata Rani Kulup Kepada Al-Jazeera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini mendesak supaya pasukan agensi berita, Al-Jazeera di ibu negara diusir keluar negara dan dikenakan tindakan berat.

Presiden Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili 10 gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkata, beliau sangat marah dan kecewa dengan penyunting dan wartawan agensi berita itu yang berani mengecam siasatan polis selain memberi amaran kepada polis untuk tidak menyiasat dan bertindak tegas ke atas mereka.

“Dia menemuramah seorang migran Bangladesh dengan laporan tidak tepat dan berbaur menghina negara, lepas itu memaki hamun tindakan siasatan polis dan memberi amaran jangan ambil tindakan pula.

“Ko (kamu) ini siapa Al-Jazeera, sila keluar dari negara ini, kami rakyat jelata berhak mempertahankan kedauatan dan maruah negara daripada dicemarkan oleh pihak asing seperti kamu.

“Kalau ada orang nak burukkan negara dan juga pihak berkuasa kami rakyat akan mempertahankannya, kenapa nak hina Malaysia. Polis sila siasat, tangkap mereka dan jatuhkan hukuman berat sekali supaya mereka takut,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengahari tadi.

Beliau juga menyatakan kekesalan terhadap sikap biadap editor Al-Jazeera yang angkuh dan tidak mahu meminta maaf kepada rakyat dan pihak berkuasa Malaysia selain mempertahankan laporan wartawannya yang tidak beretika dan tanpa fakta.

“Tangkap dia (wartawan Al-Jazeera) dan beri hukuman tegas, jangan berlembut kepada warga asing yang biadap seperti mereka.

“Dengan rakyat sendiri polis berkeras dan hukum, tapi orang asing pijak kepala pun berlembut pula, sangat biadap sikap wartawan dan krew Al-Jazeera.

“Saya buat laporan polis supaya tangkap wartawan Al-Jazeera kesemua yang bertanggungjawab itu dan usir keluar dari negara ini selamanya.

“Kalau boleh saya mahu pecat dan tarik balik kewarganegaraan sekiranya ada rakyat Malaysia dalam kalangan pemberita itu,” tegas beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat