Peniaga Jual Ayam Harga Tinggi, Ibarat Nak Ke Mekah Balik Hari – Jukee Ayam

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang peniaga yang terkenal kerana menjual daging ayam dengan harga murah menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu pergi ke Mekah ‘balik hari.’

Memetik laporan Malaysiakini, Zukila Deraman atau lebih dikenali dengan panggilan Jukee Ayam di Kelantan, peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana mahukan margin keuntungan yang besar.

Menurutnya, harga ayam yang diperolehi daripada pihak pemborong sebenarnya sudah murah dan berpatutan.

“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

“Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masalah,” katanya.

Disebabkan itu, kata Jukee, orang ramai kecoh apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.

Terdahulu, Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.

Jukee berkata, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.

Justeru jelas Jukee lagi, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikan harga jualan mereka.

“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.

“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membebankan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya, yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat