Minyak Masak Paket Subsidi Hanya Untuk Isi Rumah dan Peniaga Kecil – Alexander Nanta

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pembelian minyak masak paket satu kilogram bersubsidi hanya untuk kegunaan isi rumah serta peniaga kecil sahaja, dan tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran, lapor Awani.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan memahami keperluan peniaga kecil justeru itu mereka dibenarkan membeli minyak masak subsidi itu.

“Sebenarnya kalau ikut undang-undang sebenarnya ia hanya untuk digunakan oleh isi rumah atau kegunaan domestik di rumah untuk keluarga sahaja.

“Tapi kita memahami ada dalam kalangan mereka yang berjual ataupun membuat bisnes secara kecil-kecilan atau mikro seperti goreng pisang ke char kuey teow dan sebagainya.

‘’Selama ini kalau daripada aspek peraturan, ia tidak boleh digunakan kerana itu kegiatan dan aktiviti komersial tetapi kita memahami masalah mereka yang dibebani penularan pandemik COVID-19 dan sebagainya, jadi kita biar dulu,’’ katanya, dipetik dari laporan itu.

Namun beliau menagaskan, bahawa penggunaan minyak masak paket tidak boleh digunakan oleh perniagaan atau restoran pada skala yang besar.

“Ingin saya ingatkan kepada semua dengan ini saya tegas bahawa KPDNHEP bertegas dengan mana-mana restoran dan perniagaan yang besar tetap tidak boleh menggunakan minyak yang bersubsidi ini,’’ katanya.

Memetik laporan sama, beliau menjawab permintaan pengguna yang mahu had pembelian minyak masak paket dinaikkan, Nanta berkata semua pihak perlu akur dengan peraturan ditetapkan.

“Ini kerana jika itu dilakukan, kemungkinan ada pihak yang langsung tiada peluang mendapatkannya.

‘’Buat masa sekarang kita kekalkan untuk hanya dibolehkan pembelian tiga paket satu kilogram satu polibag yang bersubsidi itu.

“Mengapa kita buat begini kerana kita nak pastikan kita adil kepada semua pengguna dan kalau kita benarkan pembelian tu lebih daripada tiga paket satu pembelian, nanti ada sesetengah pihak tidak dapat bekalan jadi saya ingatkan kepada semualah sila patuh kepada peraturan ini,’’ ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat