Hishammuddin Arah Bina Semula Jambatan Di Baling

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Rejimen Jurutera DiRaja (RAJD) untuk membina jabatan baharu yang menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang roboh akibat bencana banjir baru-baru ini.

Jelasnya, RAJD akan segera digerakkan ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin.

Terdahulu, kata Hishammuddin beliau telah dihubungi oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memohon bantuan ATM untuk membina Jambatan Bailey yang roboh.

May be an image of body of water, beach and text that says "BERNAMA .COM"
Foto: BERNAMA

“Tinjaun udara menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi roboh banjir baru-baru ini.

“Menteri KPLB Mahdzir Khalid hubungi saya semalam, mohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia untuk bina Jambatan Bailey.

“Saya telah arahkan Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin. Anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi.” katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat