Banjir Baling: Amanah Ikhtiar tawar 6 Bulan moratarium buat mangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberikan moratarium bersasar selama 6 bulan kepada peminjamnya yang terjejas banjir di Baling.

AIM dalam kenyataannya berkata, Sahabat AIM boleh membuat permohonan moratarium ini di cawangan masing-masing.

“Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM turut memberikan moratarium bersasar selama 6 bulan kepada Sahabat.

“Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Iboi, Jerai dan Kubang pada 4 Julai turut membabitkan seramai 115 Sahabat AIM,” katanya.

Dalam pada itu, AIM pada Selasa telah menghantar pasukan sukarelawan seramai 50 orang dalam misi bantuan banjir di Baling, Kedah.

Pasukan sukarelawan yang diketuai oleh Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz turut membawa dua lori muatan 1 tan barangan keperluan isi rumah yang keseluruhan bernilai RM50,000.

“Selain barangan keperluan utama iaitu tong gas, dapur, cerek, telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, tuala wanita, barangan mandian, bantal, selimut, selipar, power bank dan lain-lain.

“Misi kali ini turut disertai dua jentera berat yang akan digunakan untuk kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang, kenderaan yang tersadai, dan membersihkan rumah kakitangan dan Sahabat yang terkesan,” ujarnya.

Kesemua sumbangan daripada AIM diserahkan oleh Shamir ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Sekolah Menegah Kebangsaan Jerai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat