Waris Mat Kilau ‘terjah’ panggung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tular di TikTok, video yang memaparkan sekumpulan menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untuk menonton filem Mat Kilau bersama-sama.

Dalam hantaran di akaun TikTok pengguna menggunakan nama akaun @thenazfamily itu, individu itu berkongsi detik-detik manis pertemuan waris pahlawan yang diangkat sebagai watak utama dalam filem itu.

“Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcorn tengok (filem) Mat Kilau. Sepanjang scene Mat Kilau, semua bersorak tepuk tangan.” tulisnya.

Dalam video itu juga, turut dijelaskan mengenai susur galur waris yang hadir menonton filem itu.

“Banyak kisah-kisah mengenai Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ini. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua,” tulisnya.

Turut kelihatan, kain rentang yang tertera tulisan ‘Perjumpaan Waris Mat Kilau dari Susur Galur Anaknya, Khatijah’.

Dalam ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada juga yang lebih gemar melontarkan komen negatif.

“Cerita meletup, barulah semua nak mengaku waris Mat Kilau, semua nak ambil kredit,” tulis satu netizen yang bersikap negatif.

Namun, komen itu dibalas semula oleh pemilik akaun TikTok itu, menjelaskan bahawa tujuan mereka bukanlah untuk menumpang nama atau mendapatkan kredit, sebaliknya ingin menyokong kehadiran filem itu.

“Bukan nak ambil kredit. Nak beritahu yang waris Mat Kilau ada saja yang sokong filem ini. Semua suka gila tengok cerita pasal nenek moyang mereka,” tulisnya. –

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat