Mahfuz Omar Beri Keterangan Kepada Polis Isu Dakwaan Langgar SOP

- Advertisement -

KUALA MUDA – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam ini, bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Individu bergelar Datuk itu akan dipanggil ke IPD Kota Setar, malam ini untuk dirakam keterangan,” kata Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, tanpa menyebut nama Mahfuz.

Beliau berkata, sehingga kini, beberapa individu yang terdapat di dalam gambar yang tular berkaitan kes itu telah dirakam keterangan mereka.

“Polis telah mengenal pasti beberapa orang terutama di dalam gambar tersebut dan kita akan panggil mereka semua ini untuk diambil keterangan,” katanya.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar SOP PKP.

Menerusi gambar yang tular itu, Ahli Parlimen terbabit dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh ketika satu program bantuan.

Mahfuz kemudian tampil mengeluarkan kenyataan, meminta polis menyegerakan siasatan ke atas beliau dan menegaskan tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan.

Katanya, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya jika dipanggil untuk memberi keterangan.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat