Zahid Mengaku Rakaman Audio Itu Suaranya

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Menurut sumber dari seorang Majlis Tertinggi UMNO, Presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan bersama dengan ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, semalam.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.

“Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata sumber berkenaan.

Semalam, kira-kira 29 ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan di Wisma Perwira membincangkan isu keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut dihadiri Ahmad Zahid dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat