Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Kontinjen Negara Ke Tokyo 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet negara atas kejayaan mereka melayakkan diri untuk bersaing di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar atlet negara dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka bagi menjulang nama Malaysia di persada tertinggi dunia itu.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan agar atlet dan pegawai sentiasa berwaspada dalam menjaga kesihatan diri ketika berada di kedua-dua temasya yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos bagi Sukan Olimpik dan 24 Ogos hingga 5 Sept bagi Sukan Paralimpik.

“Seri Paduka menyeru seluruh rakyat untuk bersama Baginda mendoakan semoga atlet-atlet negara mencapai sasaran yang telah ditetapkan di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” demikian menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran sama, Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Istana Negara hari ini.

Pada sesi menghadap itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan mengurniakan Jalur Gemilang kepada Reezal Merican sebagai tanda simbolik penerimaan bagi pihak kontinjen negara yang akan bertanding di kedua-dua temasya.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin.

Pada sesi sama, Seri Paduka turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai persediaan dan penyertaan kontinjen negara di kedua-dua temasya tersebut. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat