Cinta Gwen Stefani, Blake Shelton kini bersatu

- Advertisement -

Oklahoma: Penyanyi Gwen Stefani, 51, dan Blake Shelton, 45, akhirnya berkahwin dalam sebuah acara penuh intim namun cukup meriah, kelmarin.

Stefani menerusi hantaran foto dan video terbarunya berkongsi detik bahagia itu di Instagram. Pasangan terbabit kelihatan sangat diulit kebahagiaan.

“Mimpi sememangnya boleh jadi kenyataan,” ringkas saja tulisan Gwen.

Acara terbabit dilaporkan berlangsung di kediaman Shelton, di sini. Berita gembira itu menyusul beberapa minggu selepas Gwen berkongsi fotonya meraikan ‘bridal shower’ bersama keluarga.

“Saya diculik keluarga untuk meraikannya. Saya bakal berkahwin!” katanya menerusi sebuah video swafoto ketika itu.

Terdahulu, Gwen dan Shelton kerap memberi bayangan mereka bakal menyatu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ia susulan mereka mengikat pertunangan sejak lapan bulan lalu.

Ia adalah perkahwinan ketiga Shelton, manakala yang kedua untuk Gwen. Mereka mula intim sejak terbabit sama menjadi jurulatih untuk program The Voice pada 2015.

Yang pasti, mereka juga sangat terbuka berbicara untuk menjadi ibu dan bapa tiri buat anak masing-masing.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat