Lim Kit Siang rasis, PDRM perlu ambil tindakan pantas – Exco Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan pantas terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang susulan hantaran Facebook beliau berhubung ‘Kerajaan Allah’  yang menghina Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, menggesa agar PDRM mengambil tindakan pantas terhadap veteran DAP itu.

“Kit Siang sudah melampaui batas dengan menghina Islam yang boleh membawa ketegangan agama yang amat merbahaya.

“Jangan kerana anda tua, jangan kerana anda Ahli Parlimen, anda boleh sesuka hati membuat kenyataan yang menyeleweng dan menggugat ketenteraman awam.

“Undang-Undang tidak mengenal usia, jadi saya menyeru pihak PDRM dapat segera ambil tindakan sewajarnya agar perkara yang tidak diingini berlaku,” tegas Muqharabbin.

Kata beliau, dengan keceluparan kenyataan Kit Siang itu, jelas menunjukkan dirinya dan parti DAP sangat rasis dan ideologi parti ini tidak pernah berubah.

“Semua agama tidak pernah membenarkan penganutnya menghina agama lain tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau lainnya. Lagi-lagi menghina Allah. Ini amat melampau,” bidasnya.

Katanya, tulisan Kit Siang di laman blognya: “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government” .

Menurut beliau lagi tulisan veteran DAP itu adalah respons kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai ‘Kerajaan Allah’.

“Kami Pemuda UMNO Lembah Pantai, amat berharap agar satu tindakan paling tegas diambil kepada Kit Siang walaupun beliau sudah memadamkan posting tersebut di Facebook beliau,” gesa Muqharabbin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat