Trauma tak hilang

- Advertisement -

SEJAK penularan Covid-19 melanda negara dari tahun lalu hingga kini, ramai juga selebriti dan penggiat seni tanah air sudah dijangkiti pandemik berbahaya ini yang disifatkan musuh tersembunyi.

Salah seorang daripadanya ialah pelakon, Tiz Zaqyah yang sah positif Covid-19 pada 9 Mei lalu. Justeru, ketika itu Tiz harus menjalani sesi kuarantinnya di rumah.

Kini, meski sudah bebas dan sembuh sepenuhnya dari wabak itu, Tiz masih belum melupakan pengalaman dilaluinya. Kata pemilik nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak ini, dia trauma dengan kejadian itu.

Terdahulu, Tiz tampil berkongsi kisahnya pada sesi webinar bertajuk Derita Akibat Covid-19 anjuran Science Media Centre (SMC) Malaysia dan The Petri Dish, baru-baru ini.

“Sebaik disahkan postif Covid-19 pada Mei lalu, saya jadi sangat cemas dan perasaan bercampur-baur. Ditambah, saya berasa sangat tertekan kerana kedua ibu bapa saya secara tidak langsung adalah kontak rapat.

“Jadi, ada kemungkinan besar mereka juga akan dijangkiti. Walaupun saya tidak mempunyai simptom ketika itu, tapi saya amat bimbangkan risiko jangkitan kerana menetap bersama mereka,” katanya lagi.

Ujar Tiz, sukar untuk dia membayangkan jika ibu bapanya turut dijangkiti virus itu. Katanya, dia betul-betul berasa tertekan apabila terus memikirkannya, selain di dalam hati sangat sedih.

“Bayangan bahawa kedua ibu bapa mungkin berisiko untuk dijangkiti Covid-19 sentiasa menghantui saya setiap hari. Saya jadi bimbang dengan fikiran yang tidak menentu.

“Justeru, sebaik disahkan pulih dari Covid-19, saya tak tunggu lama untuk memastikan mereka sudah didaftar untuk program vaksinasi. Alhamdulillah, mereka juga sudah menerima vaksin dos pertama masing-masing,” katanya.

Berbicara juga mengenai dirinya, Tiz berkata dia memang teruja mahu mendapatkan vaksin Covid-19 seperti orang lain. Namun, buat masa sekarang dia harus menunggu seketika untuk gilirannya.

 

PENGALAMAN positif Covid-19 buat Tiz Zaqyah trauma.
PENGALAMAN positif Covid-19 buat Tiz Zaqyah trauma.

 

“Sebagai bekas pesakit Covid-19, saya difahamkan perlu menunggu tiga bulan lagi sebelum boleh

divaksinasi kerana masih mempunyai antibodi mencukupi di dalam badan untuk melawan

virus itu.

“Apapun, saya sebenarnya memang tidak sabar untuk mendapatkan vaksin. Pada ketika ini, pengambilan vaksin sangat penting bagi saya yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Pengalaman menghidap Covid-19 menyebabkan saya rasa trauma dan ingin mendapatkan perlindungan segera untuk diri sendiri kerana tidak mahu dijangkiti berulang,” katanya.

Menurut pelakon filem Cinta Kura-Kura dan drama Nur Kasih itu, pengambilan vaksin penting untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti setempat. Katanya, kini

vaksin bukan lagi pilihan sendiri, tapi ia adalah tanggungjawab sosial.

Sehubungan itu, Tiz menyeru masyarakat supaya segera divaksinasi dan tiada apa yang harus dibimbangkan. Katanya, untuk jaminan keselamatan kita semua, langkah vaksinasi adalah paling tepat dan usah menunggu atau melepaskan

tarikh temujanji yang diperolehi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat