27 struktur haram warga asing termasuk kedai runcit dirobohkan – DBKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 27 struktur kediaman milik warga asing termasuk tiga kedai runcit, sebuah surau dan satu struktur perniagaan besi buruk yang telah dikosongkan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur bersama Pasukan Agensi di Lot 201224, Jalan 1/48A di Bandar Baru Sentul jam 9.30 pagi ini.

Tindakan roboh dilakukan berdasarkan kesalahan di bawah seksyen 46 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dalaman DBKL seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Penilai dan Pengurusan Harta serta Pejabat Cawangan Batu.

“Turut disertai oleh beberapa agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Katanya lagi, Operasi bersepadu berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua agensi yang terbabit dan tindakan sama akan diteruskan di lokasi lain dari masa ke semasa. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat