Ada Cubaan Membunuh Karakter Muhyiddin Yassin Kata Wan Saiful

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Parti-parti lain cuba membunuh karakter Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat satu-satunya tokoh yang mampu memberi saingan untuk menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pada masa ini tokoh yang menjadi sasaran utama parti-parti lain adalah Presiden Bersatu itu.

Namun, katanya, ia bukan sesuatu yang pelik kerana Muhyiddin adalah tokoh yang dilihat menyaingi dan memberi cabaran serta mempunyai kreadibiliti menjadi Perdana Menteri.

“Jadi tidak hairan jika parti-parti lain ingin membunuh karakter Muhyiddin. Ini yang cuba dilakukan sekarang.

“Bagaimanapun, saya melihat Bersatu semakin diterima, parti kita semakin kuat jadi kita akan terus memastikan sambutan baik ini diterjemah sebagai undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya di sini semalam.Wan Saiful berkata, beliau tidak menolak pembentukan ‘khemah besar’ menjelang PRU-15 kerana kestabilan politik mampu dicapai menerusi satu bentuk gabungan tidak kira rasmi atau sebaliknya.

Beliau menyerahkan kepada Muhyiddin untuk mengetuai perbincangan kerana pada masa ini Bersatu sedia bertemu dengan pihak-pihak yang mahu berbincang bagi membentuk kerjasama demi kestabilan politik negara.

Mengenai kemungkinan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Perjuang), beliau berkata, setakat ini belum ada perbincangan mengenai hubungan bersama Pejuang dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat