Sultan Selangor kongsi petikan keras: Tiada siapa boleh kaya melalui politik melainkan penyeleweng

SHAH ALAM,– Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menarik perhatian ramai apabila berkongsi satu petikan keras mengenai politik dan rasuah menerusi laman rasmi Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda menyatakan tertarik dengan petikan yang dikaitkan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman.

Petikan asal dalam bahasa Inggeris itu berbunyi:

“No man can get rich in politics unless he’s a crook.”

Ia diterjemahkan dalam hantaran tersebut sebagai:

“Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng.”

Baginda turut berkongsi satu lagi petikan susulan yang berbunyi:

“Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah.”

Menurut hantaran tersebut, perkongsian itu dibuat sebagai renungan kepada masyarakat.

“Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat,” menurut kenyataan ringkas itu.

Hantaran berkenaan pantas mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ribuan tanda suka, komen dan perkongsian dalam tempoh singkat selepas dimuat naik.

Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengaitkan mesej tersebut dengan isu integriti, rasuah dan situasi politik semasa negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat