Tun M soal Kenapa kerajaan selesai saman Apandi di luar mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa Putrajaya menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah.

Menurutnya, sebagai defendan dan saksi utama kes berkenaan, beliau tidak diberitahu mengenai penyelesaian berkenaan

Dr Mahathir menjelaskan bahawa penamatan perkhidmatan bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali mengikut prosidur dan mengikut ‘rule of law’ dan telah beri kenyataannya kepada pihak Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi memberi reaksi mengenai tindakan Putrajaya memutuskan penyelesaian luar mahkamah dengan bekas peguam negara Apandi Ali mengenai samannya terhadap kerajaan dan beliau berhubung dakwaan “pemecatannya secara tidak sah” pada 2018.

Dan beliau tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun dirinya merupakan saksi utama.

“Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

“Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.” tulis Dr Mahathir melalui Facebooknya.

Tegas Dr Mahathir, pemecatan Tan Sri Apandi terpaksa dilakukan kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Dato Seri Najib. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.

“Sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

” Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.

“Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.” ujar Dr Mahathir lagi.

Kata Dr Mahatir lagi, beliau ada menulis pada Peguam Negara dan tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat.

Katanya lagi, beliau berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.

“Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.

“Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.

“Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi di adili di mahkamah.” katanya.

Terdahulu, pada 13 April lalu, media melaporkan saman difailkan Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Apandi selaku plaintif dalam saman itu, bagaimanapun berkata, terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat