Bawa mykad orang lain untuk nikmati Budi95 adalah satu kesalahan – JPN

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Badrul Hisham Alias menegaskan menggunakan MyKad orang lain, termasuk milik ahli keluarga, untuk membeli petrol bersubsidi (BUDI95) adalah dilarang.

Menurut beliau, MyKad merupakan dokumen pengenalan diri rasmi yang tidak boleh digunakan, dipegang atau diwakili oleh mana-mana individu lain.

“Larangan ini adalah selaras dengan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang menetapkan bahawa penggunaan atau pemilikan kad pengenalan orang lain merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Oleh itu, semua urusan di kaunter, termasuk pembelian bahan api, mestilah dilakukan sendiri oleh pemilik MyKad yang sah,” katanya memetik NST.

Beliau turut menambah bahawa tindakan meminjamkan atau menyerahkan MyKad kepada orang lain perlu dielakkan bagi memastikan pemiliknya tidak berdepan dengan sebarang implikasi undang-undang.

Kenyataan itu susulan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan penangkapan seorang lelaki yang disyaki menggunakan empat kad pengenalan untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat