Debat Sapura: Anwar vs Najib harus disiarkan secara meluas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Siaran debat Sapura Energy Berhad (SEB) antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak harus disiarkan secara meluas.

Hal demikian Anwar selaku Ketua Pembangkang dan juga Presiden PKR telah meminta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil untuk menyelaras urusan debat dengan pihak Najib dan media.

“Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan sapura.

“Beliau juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu di Facebooknya semalam.

Isnin lalu, Anwar menyatakan kesediaannya untuk berdepan dan berdebat dengan Najib mengenai isu kewangan SEB yang merupakan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia.

Kenyataan itu dibuat selepas Najib dilaporkan berkata, bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi Ramli namun ia perlu turut melibatkan Anwar selaku Presiden PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat