COVID-19: UK Cadang Passport Imuniti

- Advertisement -

UNITED KINGDOM: Kerajaan UK sedang merangka pelan untuk mengeluarkan passport imuniti kepada rakyatnya yang telah sembuh dari penyakit COVID-19 dan seterusnya, imun dari penyakit tersebut.

Passport ini adalah bagi membolehkan mereka yang telah sembuh, kembali bekerja seperti biasa, bagi membolehkan negara itu terus beroperasi di sebalik perintah lockdown yang dikenakan sejak 23 Mac yang lepas.

Pakar-pakar yang ditemubual oleh al-Jazeera hari ini bagaimanapun masih sangsi sama ada perkara ini berkesan atau pesakit yang telah sembuh benar-benar imun dari penyakit tersebut.

Risiko jangkitan semula menurut mereka, masih ada tapi masih belum dapat dipastikan berapa lama jangkitan semula itu boleh berlaku

Apatah lagi masih banyak yang tidak diketahui tentang virus berkenaan berikutan sifatnya yang masih baru.

Kesimpulannya, tidak dapat dipastikan sama ada pengeluaran passport tersebut mampu mengatasi masalah penularan COVID-19 atau mendedahkan lagi bekas pesakit kepada jangkitan semula jika mereka dibenarkan bergerak seperti biasa.

Dalam masa yang sama, negara berkenaan memerlukan tenaga kerja untuk menggerakkan kembali ekonomi negara berkenaan yang terjejas sejak perintah lockdown dilaksanakan

Sehingga Sabtu, sebanyak 41,903 kes jangkitan COVID19 telah disahkan di UK melibatkan 4,313 kematian. Korban paling muda direkodkan setakat ini, ialah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat