Isu KWSP: Kerugian Sememangnya Berlaku, Usul Terhadap Wee Ka Siong Ditolak

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, mendedahkan bahawa usul untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat telah ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Dalam satu hantaran di Facebook, Wee berkata beliau menerima surat daripada Johari mengenai usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin.

Menurut Wee, usul itu berkaitan hujahnya mengenai kerugian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada harga rendah dan membelinya semula pada harga tinggi. Hujahnya itu didapati tidak mengelirukan kerana kerugian sememangnya berlaku.

“Terima kasih (Johari) atas keputusan yang bijaksana,” kata Wee.

“Sejak YB Kampar telah berjanji di Dewan Rakyat untuk meletakkan jawatan sekiranya KWSP mengalami kerugian walaupun satu sen, beliau seharusnya menunaikan janji itu demi menjaga integriti Parlimen dan memastikan Dewan Rakyat tidak dikelirukan dengan kata-kata serta janjinya.”

Dalam surat yang diterima oleh Wee, Johari menyatakan bahawa beliau telah meneliti usul yang dikemukakan oleh Chong serta penjelasan daripada Wee.

Johari membuat kesimpulan bahawa tiada kes prima facie berhubung perkara yang dibangkitkan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) Dewan Rakyat, yang merujuk kepada kenyataan yang mengelirukan Dewan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat