Pusat Sains Negara Wilayah Utara Buat Pembaharuan Tarik Minat Masyarakat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensi di bawahnya Pusat Sains Cawangan Wilayah Utara terus komited bagi memastikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) akan terus diminati oleh masyarakat.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Pusat Sains Negara dan cawangannya giat melaksanakan penambahbaikkan infrastruktur dan pengisian agar pameran yang bercirikan STI terus mendapat sambutan daripada para pengunjung.

“Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) terus komited dalam memupuk dan membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi menarik minat generasi muda agar negara tidak ketandusan barisan generasi baru yang akan mempelopori bidang STI ini.

“Bagi tahun 2022, PSNCWU telah berjaya mencatatkan jumlah pengunjung yang tertinggi sejak pelancarannya dengan mencatatkan seramai 194 263 pengunjung pada tahun 2022.

“Dengan harga tiket yang murah iaitu RM2 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak berusia 7 tahun sehingga 12 tahun dan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, fasiliti ini mampu menarik pengunjung dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya di Alor Setar pada Isnin.

Sementara itu, ketika lawatan tersebut, Arthur bersama delegasi MOSTI turut meninjau kemajuan kerja pembangunan pameran terbaru galeri pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif Terbesar di Wilayah Utara iaitu Bahtera Langkasuka.

“Galeri yang dijangka akan siap pada Oktober 2023 ini akan dibangunkan dengan keluasan 500 meter persegi. Ia boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung pada satu-satu masa.

“Bertemakan maritim bagi membawa pengunjung menjelajah sains dalam laut, galeri ini dipersembahkan dengan persekitaran yang kondusif, rekabentuk yang menarik, interaktif dan hands on bagi merangsang keseronokan belajar, menimbulkan minat dan
perkembangan minda kanak-kanak.

“Dengan mengetengahkan bahan pameran interaktif bermula dari konsep perkembangan kognitif kanak-kanak sehingga bahan pameran yang berkonsepkan Literasi Digital sesuai dengan perkembangan trend terkini, kita jangkakan pameran terbaru ini akan menarik pengunjung seramai 20 000 orang sekitar wilayah utara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat