Shiraz Projects Umum Kejutan! Harga Tiket Instant Cafe Night Live! Edisi X Serendah RM88 untuk B30!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Dengan besar hati, pihak Shiraz Projects telah membuat kejutan sewaktu sidang media Instant Cafe Night Live! Edisi X dengan sebuah berita yang bakal menggembirakan hati peminat Instant Cafe Night Live!

Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim harga tiket bagi acara pentas komedi Instant Cafe Night Live! Edisi X dijual serendah RM88 berbanding harga asalnya adalah RM188.

Ini sesuai untuk golongan B30 yang ingin menyaksikan pementasan ini di sebuah lokasi yang berprestij.

Menurut Shiraz, kejutan ini dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton acara komedi tersebut. Tambahnya, acara seumpama ini yang buat julung kalinya diadakan di  Dewan Plenari  juga bakal menjadi tanda aras buat acara komedi langsung kelak.

Pihak Shiraz Projects dengan bangganya bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company dan mempersembahkan “Instant Cafe Night Live! Edisi X”.

Berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe’s “The May 9 Show” pada tahun 2019, kolaborasi ini memberikan persembahan SATU MALAM SAHAJA dengan pelakon bertaraf bintang di Dewan Plenari yang berpresUj ini akan menarik penonton di Malaysia dan di seluruh rantau ini.

“Instant Cafe Night Live! Edisi X”, edisi ini akan ‘dibentangkan’ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan Uket akan mula dijual pada 10 Februari 2023 di www.myUckets.asia. Harga Uket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (PlaUnum) dan RM188 (Perak).

Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si canUk dan memukau dari Sentul, bintang program Neclix “Keeping Up With The Coomarasamys” dan biopiknya yang akan datang “Ini Kari Lah”.

INSTANT CAFÉ NIGHT LIVE! EDISI X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi yang Uada tandingan dan pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan.

Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan!

Acara ini direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na’a Murad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat