YBR agih bakul makanan berjumlah lebih 52 ribu ringgit di Kedah dan Perlis

- Advertisement -

KANGAR — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah mengagihkan sumbangan bakul makanan berjumlah RM52,500.00 kepada 350 keluarga isi rumah B40 di sekitar Kedah dan Perlis.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariff berkata setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM150.00.

Menurutnya, bantuan ini difokuskan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dikalangan fakir miskin dan ibu tunggal.

“YBR cakna dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan ini menjadi medium dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian.

“Semoga bantuan bakul makanan ini dapat meringankan bebanan serta sebagai tambahan daripada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.

“Kami di YBR sentiasa cuba membantu masyarakat yang memerlukan dan akan terus mencuba meluaskan bantuan kepada lebih ramai lagi untuk merasai manfaat”, katanya dalam satu kenyataan selepas Majlis Penyampaian Ihsan Madani,yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Kangar hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk rekod, pada tahun 2024, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000.00 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat