Wisma Putra belum terima notifikasi 435 rakyat Malaysia bakal diusir dari AS

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Washington belum menerima sebarang notis rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan arahan akhir pengusiran daripada Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, ketika ini pihaknya maklum mengenai dakwaan itu.

Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Malaysia di Washington belum menerima sebarang permintaan rasmi untuk bantuan konsular daripada mana-mana rakyat negara ini yang terjejas.

“Kedutaan dan konsulat kami di AS sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di sana.

“Kita akan terus berinteraksi dengan komuniti Malaysia untuk memastikan kesejahteraan mereka serta pematuhan terhadap peraturan imigresen,” katanya.

Wisma Putra turut memberi jaminan pihaknya akan memantau situasi berkenaan dengan rapi dan mengeluarkan sebarang perkembangan terkini jika perlu.

Pihaknya menasihati rakyat Malaysia yang berada di luar negara supaya sentiasa mematuhi undang-undang imigresen negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

Laporan sebelum ini mendedahkan seramai 435 rakyat Malaysia didakwa antara 1.44 juta individu yang menerima arahan akhir daripada ICE AS untuk pengusiran.

Mereka kini dilaporkan berada dalam doket bukan tahanan ICE dan menerima arahan akhir pengusiran selepas Donald Trump dilantik presiden AS untuk kali kedua.

Menurut ICE, warga asing yang menerima arahan akhir pengusiran masih boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka di AS sebagai pelarian atau bawah Konvensyen Menentang Penyeksaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bagaimanapun, Washington tetap mengharapkan negara asal menerima kepulangan rakyat mereka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat