Tun M sedih Umno kini rela letak diri bawah parti lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad akui sedih dengan nasib yang menimpa Umno yang dahulunya sebuah parti yang memerdekakan Tanah Melayu kini rela meletakkan diri di bawah parti lain.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri terkilan dengan sikap wakil-wakil rakyat daripada parti yang pernah dinaunginya itu tamak dan tidak lagi mepedulikan kesedihan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Saya sedih. Saya sedih kerana parti yang ditubuh untuk menolak percubaan British untuk rampas negeri-negeri Melayu; parti yang memerdekakan Tanah Melayu sekarang sudah jadi parti yang rela meletak diri di bawah parti lain.

“Yang diutamakan oleh wakil orang Melayu ialah kedudukan mereka. Apa akan jadi kepada Tanah Melayu, apa akan jadi kepada anak cucu tidak penting. Yang penting ialah layanan diri.

“Bukan nak rampas hak orang. Hanya mempertahan hak kita. Tak. Pedulikan.

“Nak dengar masalah pun tak sanggup. Ini bukan wakil rakyat. Ini wakil ketamakan diri.

“Pedulikan kesedihan. Syok sendiri,” bidas Dr Mahathir.

Umno ketika era pimpinan Datuk Onn Jaafar telah berjaya menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union dan memperjuangkan kemerdekaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat