Akar umbi Umno abai arahan Presiden, isyarat mahu perubahan – Pas

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tindakan akar umbi Umno yang hadir bersolidariti dengan Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya disifatkan melanggar arahan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mendakwa pengabaian arahan yang dikeluarkan Zahid itu adalah isyarat Umno mahukan perubahan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kehadiran ramai ahli Umno bagi menyatakan sokongan kepada Najib dilihat satu isyarat kepada Presiden parti itu bahawa Umno perlu berubah.

“Kalau Presiden Umno kata pada hari ini risiko tanggung sendiri, lihatlah berapa ramai orang Umno yang datang hari ini.

“Ini menunjukkan orang Umno akar umbi sendiri tidak percaya dan mengabaikan arahan presiden mereka.

“Ini signal kuat kepada Umno bahawa mereka perlu berubah sebelum mereka diubah ahli mereka sendiri,” katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya pada Isnin.

Semalam Presiden Umno mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang di Istana Kehakiman.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi.

Menurut Fadhli lagi, Pas akan membela sesiapa rakyat Malaysia yang dizalimi haknya termasuk sekiranya melibatkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Fadhli berkata, sejak dulu Pas sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi.

“Pas ada kena mengena dengan semua rakyat Malaysia sebab Pas parti yang ditubuhkan di Malaysia dan sesiapapun haknya dizalimi walaupun namanya Lim Guan Eng atau Tan Sri Lim Kit Siang sekali pun kami akan turun untuk membela.

“Jadi apatah lagi Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara ini.

“Mengikut pandangan dan penilaian kami, beliau sepatutnya diberikan haknya untuk titah adendum yang memberikan tahana di rumah
Jadi sangat-sangat patut kita turun bersolidariti untuk beliau.

“Pas bukan hendak bercakap besar tapi kita dari dahulu lagi sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi. Soal takut tidak ada dalam kamus perjuangan kami

“Dulu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan kita bersama dengan beliau, kami juga bersama dengan Tun Mahathir ketika beliau di luar kerajaan, sama lah seperti hari ini untuk Najib dalam isu membela keadilan dan menentang kezaliman yang berlaku,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat