EKSKLUSIF: MT UMNO Tolak Saranan Keluar Kerajaan?

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan menolak cadangan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dan meletak jawatan kabinet bagi membubarkan Parlimen.

MKT sebaliknya mahu cadangan mengadakan kerjasama politik diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat membabitkan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, keputusan MKT ini selari dengan keputusan Biro Politik UMNO yang bermesyuarat petang tadi.

Semalam SuaraTV melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari ini bagi mengadakan Pilihan Raya Umum secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO tiada pilihan kerana kerajaan ini gagal memahami hati nurani rakyat yang mahukan pembaharuan dan reformasi dalam pentadbiran.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam perjumpaan bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra pada masa kini.

UMNO bagaimanapun sebentar tadi telah membatalkan sidang media yang dirancang dan hanya mengeluarkan kenyataan media melalui Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Berita Berkaitan

Pas Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Isu UMNO-Bersatu – Dewan Ulama

PASIR PUTEH: Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15...

Kerajaan Lulus Pindaan Akta Benarkan Dana KWAN Untuk Perolehan Vaksin

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu...

Semua Daerah Di Kelantan Kini Di Bawah PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Semua jajahan (daerah) di Kelantan akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah tiga lagi jajahan/daerah iaitu Jeli, Kuala Krai...