Misteri Mesyuarat MT UMNO, Sidang Media Dibatalkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR– UMNO membatalkan sidang media yang dirancang selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi dan hanya mengeluarkan kenyataan media melalui Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan.

Sebentar tadi SuaraTV melaporkan bahawa sumber memberitahu MT UMNO menolak saranan supaya Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari ini bagi mengadakan Pilihan Raya Umum secepat mungkin.

Saranan tersebut dilontarkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam perjumpaan bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra pada masa kini.

Kenyataan media Majlis Tertinggi UMNO menggunakan nama Ketua Penerangan ini sangat aneh kerana kebiasaannya ia akan dikeluarkan oleh Presiden atau Setiausaha Agung. Ini membayangkan ada sesuatu yang panas dalam mesyuarat MT tadi.

Shahril Hamdan menyatakan MT UMNO mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian dan Sayap-Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang berakhir pada 3 Januari 2021 dan memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia.

Mesyuarat bersetuju mengangkat usul-usul, “Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional”; “Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi Pilihanraya IJmurn ke-15”; dan “Menggesa supaya Pilihanraya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVlD-19.” dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat