2,593 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Harian Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,589 kes merupakan penularan COVID-19 dalam negara serta empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Selangor masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes diikuti oleh Johor (571 kes) dan Sabah (405 kes).

“Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes.

Sehingga kini juga, kata Dr Noor Hisham, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat