Otai tuduh Najib tolak Bersatu sebab takut kes mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Memasuki tahun 2021 namun, namun cerita “ini semua salah Najib” masih laku,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu hantaran Facebooknya memberitahu, setelah keputusan mesyuarat perwakilan seluruh UMNO untuk menilai semula kerjasama dengan Bersatu.

Beliau melihat ‘page Otai’ buat puluhan hantaran tentang dirinya serta propaganda-propaganda yang tersebar melalui whatsapp yang tuduh beliau adalah dalang untuk menolak Bersatu serta kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kononnya saya buat begitu sebab saya mahu kes mahkamah saya digugurkan.

“Kenapa pula saya adalah dalang sedangkan keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu ini adalah keputusan hampir semua bahagian-bahagian UMNO?

“Adakah Najib masih begitu berpengaruh untuk mengarahkan hampir semua perwakilan dalam semua bahagian UMNO?

“Dah lebih dua tahun setengah, saya bukan lagi Presiden UMNO atau BN. Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun saya bukan,” tegas Ahli Parlimen Pekan itu.

Selain itu, Najib berkata, ramai juga yang lupa bahawa semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Peguam Negara telah tukar.

“Beliau telah berikrar untuk teruskan kes-kes mahkamah saya yang dikenakan ke atas saya oleh peguam negara (yang juga merupakan peguam Lim Guan Eng) lantikan Gagalkrasi PH dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa hampir kesemua kes-kes melibatkan pemimpin PH telah digugurkan.

“Walaupun mereka boleh tukar hakim setelah kes saya berjalan dan telah dakwa saya dengan macam-macam alasan termasuk menghukumkan penjara 12 tahun ke atas saya kerana saya sedekahkan RM42 juta kepada rakyat, saya tetap percaya bahawa nama saya akhirnya akan dibersihkan melalui sistem perundangan yang telus biarpun ia mungkin mengambil masa yang lama.

“Sebab itu, saya tidak pernah tulis surat representasi kepada peguam negara untuk minta kes saya digugurkan.

“Cuba fikir kenapa saya tidak mahu menjadi seperti Guan Eng yang kesnya telah digugurkan setelah perbicaraan bermula.

“Jika kes saya ditarik balik maka saya akan kehilangan peluang agar nama saya dibersihkan sepenuhnya.

“Dan keraguan ke atas saya akan terus menghantui saya seumur hidup jika kes ditarik balik begitu sahaja.

“Sebab itu saya tidak mahu jadi seperti Guan Eng. Sebab saya percaya saya telah buat terbaik bagi negara dan rakyat sepanjang tempoh saya Perdana Menteri,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat