Tugas sukar kembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan Umno – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno dikatakan masih jauh dari berjaya untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadapnya.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, tugas mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan Umno adalah tugas sukar tetapi bukan mustahil.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian mengulas, Umno menghormati keputusan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kemaman dengan iltizam untuk terus menimba pengajaran daripada nya.

Kata Mohamad, keputusan pilihan raya kecil Kemaman tersebut memberikan isyarat yang jelas tentang beberapa perkara dan trend penting.

“Pertama, Umno masih jauh dari berjaya untuk mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadapnya.

“Umno menonjolkan seorang pahlawan bangsa, dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang. Namun tewas juga,” katanya.

Justeru katanya, jelas tugas mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan Umno adalah tugas sukar tetapi bukan mustahil.

“Tetapi buat masa ini, Umno mesti menerima realiti bahawa orang Melayu masih jauh daripada mempercayainya sebagai wakil politik mereka yang berkesan.

“Kedua, keputusan itu juga menyedarkan Umno bahawa ia mesti mempunyai ‘resilient’ atau ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.

“Kemaman adalah indikasi jelas bahawa mengembalikan kepercayaan bangsa Melayu ke pangkuan Umno adalah perjalanan jauh, tidak linear dan memakan masa panjang,” katanya.

Mohamad berkata justeru, semangat, cara kerja, strategi dan kepimpinan, semuanya perlu sentuhan dan kecekalan baru serta kesabaran, jika Umno ingin bersaing untuk menjuarai semula pengaruh dan kepercayaan bangsa Melayu dalam politik.

“Ujian sebenar dalam semua ini ialah ujian ketahanan. Umno tidak akan mudah menyerah apalagi berfikir, bahawa jalan keluar bagi meraih sokongan Melayu telah tertutup rapi.

“Ketiga, Umno terus di jauhi oleh golongan muda Melayu. Umno nampaknya masih belum berjaya ‘resonates’ dengan generasi muda bangsa sehingga penolakan golongan tersebut terhadap Umno sudah semakin ‘consistent’.

“Sesuatu harus dilakukan dengan segera. Generasi muda berpotensi untuk dimenangi dan di raih sokongan mereka. Hanya kaedahnya mesti sesuai citra, aspirasi dan keperluan kehidupan mereka,” katanya.

Selain itu, Mohamad juga berpendapat Kemaman juga memberi pedoman bahawa mengimbangi politik perkauman dan agama adalah sukar dan kompleks.

“Bukan mudah untuk menghadirkan pilihan jalan politik sederhana. Ideologi pelampau kanan, retorik perkauman dan agama, semuanya sangat mudah untuk dimanfaatkan bagi meraih populariti.

“Umno tidak boleh tergelincir dari landasan kesedarhanaannya. Ia adalah benteng penting untuk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

“Terakhir, Kemaman adalah cerita Kemaman. Ia bukan cerita yang mewakili keseluruhan harapan dan cita cita rakyat Malaysia. Ia hanya menewaskan Umno tetapi tidak sesekali mematikan Umno. Ia adalah pertandingan dalam liga demokrasi yang ada menang dan tewasnya.

“Dan Umno hanya tewas, seperti pelbagai kekalahan yang pernah ia lalui.

“Di lain ketika, pasti akan ada kemenangan untuk Umno, Insya-Allah. Semuanya adalah rahsia Tuhan,” ujar Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat