STAR Keluar Dari Perikatan Nasional

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan parti pimpinannya telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau yang sebelum ini berkias mengenai perkara itu berkata, STAR dan PN kini tidak lagi sehaluan selepas gabungan yang disertai oleh parti itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan SOKONGAN terhadap kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH).

“Ya (sah keluar PN). Kita tunggu sajalah ada pengumunan.

“Sebab kalau saya pergi sini, kau pergi sana bererti kita tidak sehaluanlah tu”, ujar Jeffrey secara ringkas lapor Astro Awani.

Kenyataan tersebut sekaligus menyaksikan STAR tidak lagi terikat dengan PN selepas menyertai gabungan itu selama 26 bulan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020.

Jeffrey dalam kenyataan beliau sebelum ini menyifatkan hubungan STAR dan PN seperti ‘sudah bercerai’ kerana tidak lagi sehaluan selepas GRS memberi sokongan terhadap kerajaan baharu yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 November lalu.

Keputusan keluar daripada PN itu juga menurut Jeffrey telah dibincangkan di dalam Biro Politik STAR dan pengumuman berkaitan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat