Abdul Hadi Nafi Wujud Rancangan Guling Kerajaan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) menafikan wujud berhasrat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor MalaysiaGazette.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata akan menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk mengambil alih tampuk kepimpinan.

Tambahnya lagi, pihaknya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan melihat sejauh mana keberkesanan Kerajaan Perpaduan itu.

“Sekurang-kurangnya untuk pilihan raya akan datang. Pengaruh yang kita ada sekarang ini kita lanjutkan lagi. Insya-Allah.

“Buat masa ini, kita mahu lihat kepada perkembangan semasa apakah tindakan kerajaan semasa (Kerajaan Perpaduan), kita tunggu apa reaksi rakyat terhadap kerajaan sekarang yang ada hari ini,” katanya

Menurut laporan berkenaan, Abdul Hadi membuat penafian itu ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar dan menggantikannya dengan PN.

Menurut laporan Malaysiakini, Shahidan memberi bayangan Kabinet tidak akan bertahan lama dan PN menerima sokongan yang baik.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN telah memuktamadkan pemimpin yang akan mengetuai blok pembangkang itu di Parlimen.

“PN akan buat kenyataan. Kita dah lantik (Ketua Pembangkang),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat