Shahidan Dakwa PN Sedang Berusaha Untuk Jadi Kerajaan Semula

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa, ada usaha sedang dibuat untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan.

Dalam sidang media selepas kempen PN di Padang Serai, Shahidan memberi gambaran betapa kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.

“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku.

“Jadi kami sedang berusaha supaya kabinet ini tidak tahan lama dan insya-Allah kami yang akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat.

“Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN iaitu PAS,” katanya lapor Malaysiakini.

Kerajaan yang dipimpin Anwar pada masa ini terdiri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa pihak lain.

Berdasarkan kiraan, sehingga kini 148 ahli parlimen menyokong kerajaan pimpinan Anwar iaitu dua pertiga daripada anggota Dewan Rakyat.

Mengulas barisan jemaah menteri yang diumumkan Anwar dua hari lalu, Shahidan berkata ia terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.

“Yang pertamanya kurang kepakaran pada pandangan mereka. Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat