Anwar Pegang Portfolio Menteri Kewangan Sebab Situasi ‘Luar Biasa’ Kata Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan melantik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio Menteri Kewangan kerana situasi ‘luar biasa’ kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Jelasnya, langkah itu adalah untuk tidak menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana parti komponen dalam kerajaan perpaduan yang baru dibentuk selepas PRU-15.

“Pandangan saya, itu satu keputusan yang sangat sukar telah diambil kerana bila ada gabungan-gabungan yang masing-masing bentuk kerajaan, dah tentu setiap komponen (parti) mahu jawatan menteri kewangan itu berada di pihak mereka.

“Contoh ada orang dari PH jadi menteri kewangan pun akan jadi masalah kepada BN. Kalau dari BN, ada masalah pada PH.

“Oleh kerana situasi luar biasa pada masa ini, maka keputusan itu melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan sesuai buat masa sekarang, iaitu senang, perdana menteri jadi menteri kewangan supaya tak timbul isu dengan gabungan berbeza (dalam kerajaan),” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik menjadi menteri, di Menara Prisma, pada Isnin.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat