Pahang akan salur Dana Belia bantu anak muda mulakan perniagaan

- Advertisement -

ROMPIN – Kerajaan Negeri Pahang sedang mengkaji untuk menyalurkan bantuan Dana Belia kepada kumpulan sasar yang memerlukan sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan atau sebarang aktiviti yang ingin dijalankan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan modal mula dengan jumlah tertentu ini akan disalurkan kerajaan negeri kepada belia berusia dari 18 tahun dan peringkat umur yang dirasakan layak menerimanya.

Jelas beliau, ilham Dana Belia ini tercetus susulan keluhan sebahagian anak-anak muda yang memohon supaya kerajaan negeri membantu mereka untuk memulakan hidup.

“Dana Belia ini bertitik tolak daripada keluhan sebahagian anak-anak muda yang mana mereka minta kerajaan negeri dapat membantu mereka kerana saya mendapati ramai belia yang masih memerlukan bantuan sokongan kerajaan untuk permulaan sesuatu perniagaan atau pun apa-apa aktiviti yang mereka ingin jalankan.

“Jadi oleh sebab itu saya akan menubuhkan satu dana dengan peruntukan tertentu dan kita akan bagi kepada mereka yang memerlukan kumpulan sasar dan dengan adanya dana ini saya percaya sedikit sebanyak akan membantu mereka.

“Buat masa ini saya belum lihat sepenuhnya, tapi kerajaan negeri akan salurkan jumlah memadai dengan apa yang diperlukan sebagai permulaan untuk anak muda berniaga terpulang kepada mereka,” kataya ketika ditemui media pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya Laka, Kampung Sepayang, pada Isnin.

Pun begitu, Wan Rosdy memberitahu Dana Belia ini tidak akan dapat bermula pada Januari 2023 memandangkan ia melibatkan kewangan kerajaan negeri yang memerlukan perincian bersama kepimpinan Kerajaan Pahang.

“Ia akan bermula tahun depan tidak mungkin Januari tahun depan, sebab ini melibatkan kewangan kerajaan negeri jadi ia harus diperhalusi kerana duit kerajaan, duit rakyat tidak boleh belanja begitu sahaja.

“Kita kena kaji dulu kumpulan sasaran, berapa orang 18 tahun sampai berapa tahun sebab belia ni bukan semua memerlukan bantuan kerajaan ada belia yang telah mampu berdiri sendiri, telah mulakan perniagaan.

“Kumpulan yang kita nak bantu ini adalah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan daripada kerajaan. Saya kena bincang dengan pegawai kewangan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Exco tak boleh buat keputusan sendiri sebab ini melibatkan wang kerajaan,” ujar Wan Rosdy.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat