Ne-Yo bakal gegar Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bintang R & B terkemuka Ne-Yo, 43, bakal ‘menggegar’ Malaysia menerusi konsert Ne-Yo Live In Malaysia pada 21 Januari tahun depan, jam 8 malam, di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kali terakhir penyanyi Amerika Syarikat (AS) itu beraksi di sini adalah lebih 10 tahun lalu dan pasti kehadirannya ke Malaysia sangat dinanti peminat setianya.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal selaku penganjur berkata, mereka berharap konsert terbabit bakal mengimbau kenangan era kegemilangan lagu-lagunya sebelum ini.

“Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 1990-an dan 2000 akan hadir kerana Ne-Yo adalah satu daripada artis paling popular ketika itu.

“Kami juga yakin konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan Ne-Yo,” katanya.

Ne-Yo cukup digilai jutaan peminat seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sejak 1998, Ne-Yo atau nama sebenarnya Shaffer Chimere Smith kekal diminati sehingga kini.

Lagu-lagu popularnya seperti Because Of You, Miss Independent, So Sick, Mad, One In A Million, She Knows, Closer, Time Of Our Lives, Let Me Love You dan banyak lagi berjaya meledakkan namanya.

Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah di Grammy Awards seperti Album Kontemporari R&B Terbaik pada 2008, Persembahan Vokal R&B Lelaki Terbaik (2009) dan Lagu R&B Terbaik (2009).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat