PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis Pengerusi PH Johor.

Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian berhubung kemungkinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor membalas dendam terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad dari UMNO.

Dalam kenyataan bersama, Majlis Pengerusi PH Johor, berkata mereka berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh Adun Bersatu esok akan diteliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

“Esok hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh Adun Bersatu akan disaksikan pada esok hari.

“PH Johor memiliki 27 Adun. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor; Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor; Liew Chin Tong.

Terdahulu, Osman membayangkan kemelut politik di Perak mungkin boleh juga berlaku di Johor dengan alasan Bersatu Johor barangkali boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor dari UMNO.

Beliau mengakui terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan kerana UMNO dan Bersatu telah menjadi anggota gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat