Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin berpendapat rakyat kini melihat adakah sesebuah kerajaan itu baik di peringkat persekutuan atau negeri memiliki keabsahan atau tidak.

Justeru, beliau mencadangkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO Johor mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar negeri itu.

“Saya merasakan elok sekiranya UMNO mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor untuk membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

“Usul percaya ini akan dapat membuktikan keabsahan dokongan dan sokongan wakil-wakil Bersatu masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor.

“Besar kemungkinan sesuatu yang penting akan berlaku esok semasa hari terakhir sesi penggulungan belanjawan negeri yang mungkin akan memanaskan lagi suhu politik kerajaan PN di Johor,” kata Adun Simpang Jeram itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian membayangkan kemelut politik yang terjadi di Perak mungkin boleh juga berlaku di itu.

Adun Kempas itu berkata, Bersatu Johor barangkali boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad yang mewakili UMNO.

Beliau mengakui terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan kerana UMNO dan Bersatu telah menjadi anggota gabungan yang sama yang membentuk kerajaan persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat