Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik di negerinya.

Beliau berkata, dalam politik dendam adalah perkara yang tidak baik untuk seseorang malah sebarang kemelut politik boleh diselesaikan dengan baik.

“Jangan balas dendam. Dalam politik kita jangan berdendam-dendam.

“Tentu ada perkara yang boleh kita selesaikan, ini reaksi yang tidak kita ingini selepas berlaku keadaan di sidang Dun (Dewan Undangan Negeri) Perak,” katanya pada sidang media khas mengumumkan peletakan jawatannya di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung spekulasi bahawa Bersatu akan membalas dendam terhadap insiden di Perak pada sidang Dun Johor yang dijadualkan berakhir esok.

Semalam, Ahmad Faizal disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Perak selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada kalangan Adun di negeri itu.

Usul undi percaya yang dibawa Umno hanya disokong 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) manakala 48 yang lain menolak dan satu undi rosak.

Susulan daripada perkembangan itu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian membayangkan perkara sama boleh berlaku di sidang Dun Johor.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang itu menasihatkan supaya pentadbiran negeri lain dapat berjalan dengan lancar.

“Saya mohon, menasihatkan agar semua perjalanan pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain dapat berjalan dengan baik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat