Satu Undi Untuk KJ Bukan Jadikan Zahid PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tegas menyatakan bahawa satu undi untuknya bukan bererti menyumbang kepada pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Menteri Kesihatan itu memperbetul naratif yang dicanang pembangkang dengan menjelaskan bahawa calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Naratif ini mesti diperjelaskan sekarang juga. Calon Perdana Menteri Barisan Nasional adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan saya akan mendokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Calon Perdana Menteri sepertimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Zahid sendiri.

“No confusion there”, jelas beliau selepas penamaan calon Parlimen Sungai Buloh, P.107 pada Sabtu.

Di media-media sosial rancak didendang kononnya sokongan pengundi Sungai Buloh kepada Khairy akan membawa kepada lantikan Presiden Umno sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat