P001 – Padang Besar: MKT UMNO Pertahan Kerusi Atas Tiket Bebas

- Advertisement -

PADANG BESAR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengejutkan pemerhati politik apabila menghantar borang pencalonan Parlimen Padang Besar pagi tadi.

Zahidi yang mempertahankan kerusinya atas tiket bebas bakal dicabar oleh Zahida Zarik Khan dari Barisan Nasional, Rushdan Rusmi (Perikatan Nasional), Ko Chu Liang (Parti Warisan Sabah) dan Mohamad Yahaya (Pakatan Harapan).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, Padang Besar mempunyai 60,192 pengundi berdaftar dengan majoritinya adalah dari etnik Melayu.

Dalam PRU14 lalu, Zahidi menang kerusi ini atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 1,438. Zahidi memperolehi 15,032 undi mengalahkan calon PKR, Izizam Ibrahim (13,594 undi) dan calon Pas, ustaz Mokhtar Senik (7,874 undi)

Zahidi tidak dipilih sebagai calon BN

Zahidi yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar dan penyandang jawatan telah digugurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari mewakili Barisan Nasional.

Walaupun nama Zahidi telah disahkan sebagai calon Barisan Nasional dalam mesyuarat Top 5 UMNO, namun Ahmad Zahid mengugurkan nama Zahidi dan memberi laluan kepada Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Selain zahidi, nama besar lain yang turut digugurkan ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan juga merupakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba ((Ahli Parlimen Tenggara) dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Saddiq (Ahli Parlimen Kota Tinggi).

Pengguguran Zahidi dipercayai berkaitan kelantangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tersebut mengkritik gerakan Ahmad Zahid dalam mengadakan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga mengenai pengurusan kewangan Umno.

Zahidi juga akan turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi yang sebelum ini disandang oleh Teh Chai Aan dari Barisan Nasional (BN).-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat