Ismail Sabri Dicabar PH, Bersatu Di Bera

- Advertisement -

BERA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan dua pencabar dari Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

Justeru, Parlimen P090 Bera bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ismail Sabri Yaakob ditentang calon dari Bersatu, Datuk Asmawi Harun dan Pakatan Harapan (PH), Abas Awang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat [email protected], mengumumkan waktu penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi dan hasil penelitian beliau mendapati tiada kertas pencalonan ditolak.

Ismail Sabri menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.08 pagi.

Beliau mempertahankan Parlimen Bera yang disandangnya sejak 2004.

Sementara itu, pertembungan empat penjuru berlaku bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai antara BN, PN, PH dan calon Bebas.

Kerusi DUN Triang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PN dan PH.

Bagi kerusi Kemayan hanya dua calon layak bertanding masing-masing dari BN dan PN manakala calon PH, Manolan Mohamad ditolak kertas pencalonannya.

Terdahulu, Zaman Azam mengumumkan calon boleh menyerahkan borang pencalonan bermula 9 pagi dan tamat sejam kemudian.

Calon bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Lebih 1,000 penyokong semua parti bertanding berkumpul di perkarangan dewan bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Seramai 77,669 pengundi akan menunaikan tanggungjawab 19 November depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat