Sesiapa pun boleh bina Infrastruktur untuk rakyat – Calon PH Parlimen Bera

- Advertisement -

Bera- Sesiapa sahaja yang memerintah, pasti akan membina infrastruktur untuk rakyat. Tugas saya andai mendapat mandat adalah membela nasib rakyat yang susah.

Itu kenyataan yang diberikan oleh calon Pakatan Harapan Parlimen P090 Bera, Haji Abas Awang. Beliau mendakwa, banyak lagi infrastruktur yang masih belum dibina. Malah hospital di sini juga masih belum siap sehingga kini.

Ketika ditanya tentang lawannya, beliau berkata, andai memberi mandat kepada BN memerintah semula, ianya samalah seperti menggalakkan lagi rasuah berleluasa di dalam negara. Tambahnya lagi, memberi undi kepada Ismail Sabri samalah memberi kepada Zahid Hamidi.

Bagi beliau, Anwar Ibrahim beraspirasi mahukan Malaysia bebas dari rasuah dan atas prinsip inilah yang beliau bawa ke Bera bagi memastikan Pakatan Harapan membasmi sebarang unsur rasuah dan membela rakyat yang susah akibat tekanan kenaikan harga barang hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat