Pertandingan 8 Penjuru Di Parlimen Sepang

- Advertisement -

SEPANG: Parlimen Sepang menyaksikan pertandingan lapan penjuru.

Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen P113 mengumumkan, menerima kesemua kertas pencalonan dan tiada calon yang ditolak.

Kesemua calon menyerahkan borang pencalonan antara jam 9.04 hingga 9.20 pagi dengan calon daripada Parti Pejuang, Che Asmah Ibrahim sebagai calon pertama.

Calon lain yang bertanding ialah Anuar Basiran (BN), Datuk Seri Rina Harun (PN), Aiman Athirah (PH), Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat), R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari dan M. Muneswaran (Bebas).

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Rina berkata, kawasan Sepang sangat sinonim dengan dirinya dan yakin dapat merampas kawasan itu dari PH.

Mengulas mengenai pertandingan lapan penjuru, Rina yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau meraikan proses demokrasi dan terbuka untuk bersaing.

“Saya bukan asing dari kawasan Sepang ini. Dan saya juga bersedia untuk bersaing dengan semua calon-calon,” katanya ketika ditemui Pusat Penamaan Calon di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, di sini hari ini.

Bagi calon BN, beliau sebagai anak jati Sepang berpendapat, pertembungan lapan penjuru memberi banyak kelebihan buat dirinya.

Ini kerana, jelasnya, berbanding parti lain, BN dilihat lebih kukuh dan tiada sebarang pergaduhan antara sesama parti komponen.

“Keadaan ini cukup sangat baik buat BN untuk kembali tawan kerusi Parlimen dan kembali pada BN.

“Melihat pada struktur parti dengan komponen MIC danM MCA, kita merupakan pasukan yang kuat dengan adanya jentera parti. Jadi saya yakin, rakyat mahukan kestabilan dan kemakmuran,” katanya yang yakin memenangi kerusi Parlimen Sepang 110 peratus.

Sebelum itu, seawal kira-kira jam 7.30 pagi, penyokong-penyokong parti politik mula hadir ke tempat berkumpul masing-masing sebelum berarak bersama calon mereka ke Pusat Penamaan Calon.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat