Dr Noor Hisham Rayu Individu Di Zon Merah Covid Tidak Rentas Daerah, Negeri

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, merayu individu berada di Zon Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) supaya tidak merentas daerah atau negeri bagi membendung penularan COVID-19 ke kawasan lain.

Katanya, ini berikutan kajian mendapati 60 hingga 70 peratus individu yang dijangkiti COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

Justeru, beliau menjelaskan, pihaknya bimbang akan risiko individu terbabit membawa virus berkenaan ke kawasan Zon Hijau sehingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.

“Saya memohon supaya rakyat duduk di rumah dalam dua minggu ini dan mengelakkan balik kampung, khususnya dari Zon Merah ke Zon Hijau.

“Semalam, ada kes seorang jururawat dari Lembah Klang pulang ke kampungnya di Kelantan.

“Dia sudah menjangkiti empat ahli keluarganya, termasuk seorang bayi berusia 22 hari dan nenek berumur 75 tahun,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham turut meminta individu di Zon Hijau supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan berjumpa individu dari Zon Merah.

“Itu kebimbangan kita (berjumpa individu dari Zon Merah) jika ada aktiviti merentas sempadan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat