Lelaki Cucuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri Di Sarawak

- Advertisement -

TINDAKAN nekad seorang lelaki warga Indonesia mencucuk mata buaya menggunakan jarinya berjaya menyelamatkannya daripada dibaham reptilia ganas itu di Ladang Kris Jati Trusan, dekat sini pada pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu mangsa Sulu Maralang 46, yang juga pekerja ladang sedang leka mengait buah kelapa sawit di tepi parit ladang terbabit.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata ketika sedang mengait buah sawit di tepi parit ladang itu,tiba-tiba mangsa di serang buaya di bahagian sebelah paha kirinya.

“Ketika sedang bergelut dengan buaya itu, mangsa berjaya melepaskan diri dengan mencucuk mata buaya menggunakan jarinya lantas naik ke tepi daratan.

“Mangsa kemudianya meminta pertolongan daripada rakannya yang kemudian memaklumkan insiden cemas itu kepada penolong pengurus ladang,” katanya kepada media, hari ini.

Roslan memberitahu penolong pengurus ladang turut mendapatkan bantuan daripada pembantu perubatan yang bertugas di ladang tersebut untuk bantuan kecemasan.

“Akibat gigitan buaya itu, paha kirinya terkoyak. Mangsa yang menerima bantuan kecemasan termasuk membalut luka gigitan itu dihantar ke Hospital Lawas menggunakan kenderaan syarikat untuk pemeriksaan lanjut,” katanya lagi.

Menurut beliau, lokasi kejadian terletak 300 meter daripada sungai Trusan dan sebelum ini pekerja ladang kerap menyaksikan kehadiran reptilia ganas bersantai terutama ketika air pasang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat