Bekas orang nombor dua PAS dilepaskan kes pecah amanah

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

CYBERJAYA: Bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) melibatkan 16 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM321,273.80 berkaitan gajinya sebagai pengerusi Yayasan Nassar.

Nasharuddin bagaimanapun, masih menghadapi 14 pertubuhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.65 juta.

Media melaporkan, peguam bela Mohd Shukri Ahmad Mansor memberitahu bahawa hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh memutuskan DNAA daripada 16 tuduhan pecah amanah semasa prosiding 22 September.

Kesemua 16 tuduhan pecah amanah berkaitan dakwaan menerima RM321,273.80 gaji secara tidak jujur ketika menjadi pengerusi Yayasan Nassar antara tahun 2015 dan 2018.

Sebelum ini, media melaporkan Nasharudin telah menghantar surat perwakilan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 7 Julai.

Penghantaran surat perwakilan adalah satu kaedah yang dicadangkan oleh pihak pembelaan untuk menyelesaikan suatu kes, seperti penarikan balik tuduhan atau mengaku bersalah atas hukuman yang lebih ringan.

“Surat perwakilan itu diterima sebahagiannya, semua 16 tuduhan pecah amanah (berkaitan gaji Nasharudin) diminta untuk ditarik oleh pihak pendakwaan.

“Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 September lalu memberikan DNAA atas 16 tuduhan itu.

“Bagaimanapun, baki 17 tuduhan (pecah amanah dan pengubahan wang haram) masih diteruskan,” kata Shukri.

Nasharudin, bekas anggota parlimen Bachok dan Yan berusia 57 tahun didakwa melakukan tiga kesalahan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, melakukan pengubahan wang haram secara tidak langsung.

Transaksinya membabitkan hasil aktiviti haram iaitu mendepositkan wang peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia kepada Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) berjumlah RM302,069.60 menggunakan cek milik syarikatnya Wassatiyah Centre For Peace Sdn Bhd ke dalam tiga akaun berbeza milik Sisma Auto (KL), SMR Performance Sdn Bhd dan Duadaya Interior Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dari 9 November hingga 20 Disember 2018.

Bagi, pertuduhan pecah amanah, dia dituduh bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Ia didakwa dilakukan antara 2015 hingga 2018, melibatkan dana RM3,721,683.80 yang dikaitkan dengan kedudukan Nasharudin sebagai CEO GMM dan pengerusi Nassar Foundation.

Jika sabit kesalahan, Nasharudin boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

PAS tak sertai Kerajaan baharu Perak -SU Agung

CYBERJAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Menurut Setiausaha Agungnya, Dato' Takiyuddin Hassan, keputusan...