Annuar pertimbang laksana semula Majlis Menteri Wilayah Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan meneliti cadangan mengembalikan forum seumpama Majlis Menteri Wilayah Persekutuan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya beliau telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya untuk meneliti dan melakukan beberapa modifikasi sebelum majlis itu dilaksanakan semula.

Beliau berkata sebelum ini forum yang dilaksanakan oleh kerajaan PH hanya melibatkan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur dari kalangan penyokong kerajaan sahaja, sedangkan Ahli Parlimen pembangkang tidak dilibatkan.

“Saya sedang meneliti supaya ia diwujudkan secara saksama, dan bukan eksklusif untuk MP kerajaan sahaja,” kataya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai permintaan beberapa Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk dari Lembah Pantai Fahmi Fadzil supaya kerajaan mengembalikan Majlis Menteri Wilayah Persekutuan yang dilaksanakan PH sebelum ini.

Fahmi dilaporkan berkata majlis itu amat penting bagi memberi peluang Ahli Parlimen Kuala Lumpur memberi maklum balas isu yang sedang berlaku di Wilayah Persekutuan, di samping terlibat sama dengan dengan penggubalan dasar.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat